KUALA LUMPUR - Segerombolan panda berkampung di Dataran Merdeka sebagai tanda peringatan tentang spesis yang paling terancam di dunia, bilangannya menurun hampir setiap tahun. Haiwan ini bertubuh besar yang hampir mirip beruang yang memiliki warna khas hitam dan putih. Salah satu punca kepupusan haiwan ini kerana kesukaran untuk berkembang biak.
Panda Malas Mengawan – Salah satu faktor yang menyebabkan kepupusannya, bahkan ada beberapa pihak zoo menayangkan filem dokumentari panda mengawan untuk mendorong panda tersebut.
Panda Cepat Membesar – Seekor anak panda akan lahir dengan ukuran tubuh yang sangat kecil, tubuh berwarna pink dan tidak ditumbuhi bulu. Dalam tempuh 1 tahun saja tubuh kecil itu akan naik ratusan kali ganda di banding ketika di lahirkan. Seekor panda yang sudah mencapai umur 1 tahun berat badannya boleh mencapai 45 kg, dan seekor panda dewasa beratnya boleh mencapai 160 kg.
Panda Cuma Ada 6 Jari – Mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui jika panda memiliki 6 jari, hal ini agar panda mudah mengambil buluh atau memetik daun-daun untuk makanan.
Panda Haiwan Karnivor – Mungkin ramai diantara kita yang mengira panda adalah haiwan herbivor atau pemakan tumbuhan, sebenarnya tidaklah salah sepenuhnya. Kenyataannya panda adalah haiwan karnivor atau haiwan pemakan daging.
Panda memakan buluh untuk tenaga dan menjaga suhu tubuhnya agar tetap hangat. Dalam sehari seekor panda dewasa mampu menghabiskan sekitar 40kg buluh. Uniknya panda boleh memakan buluh dengan cepat tanpa takut melukai kerongkongnya, kerana kerongkongnya terdapat lapisan khusus yang tahan terhadap ketajaman serpihan buluh tersebut.
sumber gambar: astro awani
sumber gambar: astro awani
0 Comments