Kuala Lumpur – Polis Antarabangsa (Interpol) dilapor telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Qaradawi yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.
Al-Qaradawi dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.
Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.
Sementara itu Pengerusi RIGHTS Foundation, Yusmadi Yusoff menggesa seluruh pemimpin dunia negara Islam membantah keras terhadap tindakan tersebut.
Menurutnya Al-Qaradawi merupakan simbol suara demokrasi ulung yang berusaha keras membentuk dunia yang demokratik terutamanya di Timur Tengah.
Malah, tuntutan ini amat penting di kala dunia kekurangan tokoh yang lantang untuk berdepan dengan cabaran ekstremisme agama.
“Malaysia perlu dengan segera mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir untuk menarik balik waran tersebut.
“Maka, mempertahankan Dr Yusuf Al Qaradawi daripada dizalimi oleh rejim zalim Mesir adalah sama seperti kita melakukan tanggungjawab kita untuk mempertahankan suara moderate warga dunia menentang rejim tidak demokratik,” katanya dalam satu kenyataan.
sumber
Kuala Lumpur – Polis Antarabangsa (Interpol) dilapor telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Qaradawi yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.
sumber
0 Comments