adsadz18

Cara Membuat Puding Berkuah

Cara Membuat Puding Berkuah
~Bahan-bahan untuk Puding~
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu pekat

~Bahan-bahan untuk Kuah~
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan air
1 tin buah-buahan koktail

~Cara-Cara buat Puding~
1. Kacau hingga sebati tepung kastard dengan air
2. Panaskan atas api. Awas! jangan sesekali kacau tepung + air atas api terus..nanti berketul-ketul
3. Kacau sehingga pekat likat..agak-agak dah pekat boleh la padam api.
4. Masukkan dalam acuan. Simpan dalam peti ais.

~Cara-Cara buat Kuah~
1.  Masukkan susu cair, esen vanila, susu pekat dan air dalam periuk atas api.
2. Dah mendidih padamkan api. Tunggu sejuk baru masukkan dalam peti ais.
3. Simpan terus koktil dalam peti ais
4. Bila nak makan, baru campurkan puding + kuah + koktil..
(aku tak ambil kuah koktil sebab tak nak mengganggu rasa susu tadi)

Selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments