Kuala Lumpur, 27 Julai - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Dato' Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan ini akan menyiasat sejauh mana penggunaannya.
"Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.
"Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka ini sekiranya ia benar (wujud)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang mengandungi ekstrak ganja sebagai bahan utama. - BERNAMA
1 Comments
Slot Search - JTA Hub
ReplyDeleteWelcome to slot Search, one of the worlds largest 동두천 출장샵 Slot Search. Enjoy the best 광양 출장안마 and fastest Online Slot 당진 출장마사지 Search! 춘천 출장샵 Browse 평택 출장안마 casino games & browse the best casinos