adsadz18

Cara Membuat Cendol Mamak

Biasa dihidangkan di dalam mangkuk, antara campuran wajib pencuci mulut ini ialah doh seakan-akan mi yang berwarna hijau dipanggil cendol, santan kelapa dan gula melaka.

Untuk menambah kesegaran hidangan, ketulan besar ais yang telah dimesin halus dicampurkan sama dengan santan berkrim dan manisan gula melaka.

Boleh dimakan begitu sahaja, cendol juga enak dinikmati bersama kacang merah, pulut, tapai, jagung, gula durian, buah enau, gula kundur dan pelbagai jenis jeli sebagai variasi.

Mohd. Reza yang sudah tujuh tahun mengambil alih perniagaan daripada bapanya, Abdul Wahab Mohd. Ismail berkata, kepekatan gula melaka dan kesegaran santan menjadi kunci utama kesedapan cendol.

"Rasa cendol ditentukan oleh air gula yang pekat dan lemak manis santan yang diperoleh daripada kelapa muda," katanya.

"Membuat cendol sama seperti memasak dodol. Bahan adunan yang dicampur dan digaul sebati akan dimasak sehingga menjadi doh yang pekat dan berkilat.

Menggunakan tepung beras sebagai asas doh, Ishak turut memasukkan tepung jagung untuk mengilatkannya,

Air gula yang menggunakan gula pasir dan gula melaka itu turut dicampur sedikit dengan gula enau untuk menambahkan kesedapannya.


"Air gula yang sedap adalah rahsia keenakan cendol. Saya lebih suka menyediakan air gula yang pekat dan tidak terlalu manis.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.
  • 10 Helai Daun Pandan yang segar.
  • 650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)
  • 250ml Air
  • 250ml air yang asing  digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.
  • Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.
  • 1/2 Sudu kecil Air Abu (Ash Water).

Cara-Cara Penyediaan:
  • Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).
  • Setelah daun lumat keluarkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.
  • Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.
  • Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.
  • Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.
  • Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.
  • Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA
  • 350 gm gula Melaka
  • 100 gula kastor (atau gula batu)
  • 250 ml air
  • 3 ~ 4 helai daun pandan.
  • Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.

PENYEDIAAN SANTAN
  • Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.
  • 1/4 ~ 1/2 sudu teh garam.
  • Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan (kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja).

Post a Comment

1 Comments

  1. Bolehkah saya guna tepung kacang hijau BABAS untuk buat cendol ini? Adakah ianya sama dengan tepung hun kee?

    Terima kasih.

    ReplyDelete