MALE, Maldives: Bekas Presiden Maldives dan ketua pembangkang, Mohamed Nasheed dijatuhi hukuman penjara 13 tahun selepas disabit kesalahan atas tuduhan keganasan dan keputusan itu dijangka mencetuskan huru hara di pulau berkenaan.
Tiga hakim mahkamah jenayah memutuskan Nasheed bersalah kerana mengarahkan penahanan ketua hakim ketika dia menjadi presiden pada Januari 2012.
"Nasheed didapati bersalah kerana menahan dan mengurung hakim Abdulla Mohamed," kata hakim Abdulla Didi.
Nasheed kemudiannya dibawa ke penjara Dhoonidhoo dekat ibu negara Maldives, Male.
Bagaimanapun, Nasheed masih berdegil dan menerusi pejabatnya menggesa penyokong supaya membuat demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan sejak dia dipenjara pada 22 Februari lalu.
"Saya merayu kepada anda semua hari ini supaya tetap bersemangat dan cekal untuk berdepan dengan rejim diktator ini," katanya. - AFP
0 Comments