SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladang kelapa sawit pagi semalam.
Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorang daripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan. Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.
Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya.
Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.
Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.
"Pasukan SFC akan mencari untuk menyelamatkan haiwan itu esok. Ini kerana kami tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagiannya masih ditenggelami air," katanya.
Sebelum ini, sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut apabila menemui binatang pelik ketika bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu. Binatang itu, dipercayai muncul secara tiba-tiba ketika mereka sibuk bekerja pada 10 pagi. - myMetro online

0 Comments