2. Pesawat tersebut milik Malaysia dan pemandu kapal terbang, staff dan sebahagian besar penumpang merupakan rakyat Malaysia. Namun Malaysia seakan dihadkan penglibatan dalam pemeriksaan bangkai pesawat yabg ditemui. Malah bangkai pesawat tersebut tidak dibawa pulang ke Malaysia.
3. Saya mengakui jumlah penumpang yang paling ramai terkorban merupakan rakyat Belanda. Namun dibawah undang-undang manakah bangkai pesawat tersebut menjadi milik Belanda?
4. Kotak hitam berjaya ditemui dan meskipun diserahkan pada pihak berkuasa Malaysia pada awalnya akhirnya kotak tersebut diserahkan kepada Belanda dan British
5. Setakat yang saya tahu kotak hitam itu mengandungi pita rakaman ataupun rakaman elektronik perbualan dan juga bunyi beberapa minit sebelum pesawat terhempas. Adakah Malaysia tidak mempunyai hak langsung biarpun sekadar mendengar rakaman tersebut? Adakah hanya Belanda dan British mempunyai hak?
6. Malaysia seakan sudah berterima kasih biarpun hanya dibenarkan memeriksa bangkai pesawat di Holland. Apakah ini sudah cukup untuk Malaysia berterima kasih?
7. Apabila dirujuk punca pesawat terhempas pula, adakah ada sesuatu yang ingin disembunyikan? Cuba lepaskan satu tembakan misil dari "Unmanned Arial Vehicle" atau dron. Adakah benar misil yang dilepaskan dari darat tidak meninggalkan kesan asap? Saya sudah memerhatikan perang di Syaria dan perang menentang IS. Setiap kali misil ditembak, akan ada kepulan asap, percikan api dan juga bunyi yang amat kuat. Namun untuk misil ini seakan tidak ada sesiapa nampak ianya dilepaskan dan juga tidak nampak kesan asap. Mungkin ini misil jenis baru dari Rusia yang tidak mempunyai kesan tembakan.
8. U.S seakan sudah tahu ianya merupakan misil Rusia sebaik sahaja berita mengenai MH 17 ditembak tersebar. Bagaimanakah mereka boleh mengesan misil itu begitu cepat, malah mengetahui siapa yang menembaknya?
9. Saya masih ingat apabila kapal perang U.S menembak misil yang menghempaskan pesawat penumpang Iran. Adakan kerana ianya salah dikenal pasti? Atau satu cubaan yang tidak mempedulikan langsung nyawa rakyat bukan U.S?
10. Sekarang dengan persepsi yang misil Rusia yang digunakan menembak jatuh MH 17, U.S dan Eropah mengenakan sekatan terhadap Rusia. NATO seakan bersungguh ingin berperang dengan Rusia.
11. Pembunuh seorang Archduke mencetuskan perang dunia pertama yang menyebabkan angka korban dalam jumlah juta. Insiden kecil audah cukup untuk dijadikan alasan Eropah dan Amerika untuk seolah mendapat lesen membunuh.
12. Dan dimanakah pula MH 370?? Adakah ianya telah dihancurkan sehingga tidak meninggalkan apa-apa kesan seperti mana pesawat yang pernah terhempas di Pentagon dan Pennsylvania? Yang tidak meninggalkan sebarang kesan langsung.
13. Sebagai rakyat Malaysia saya menuntut bangkai pesawat MH 17 dibawa pulang ke Malaysia kerana ianya hak Malaysia. Malaysia patut memeriksanya secara terbuka pada rakyat. Tambahan pula yang berdepan dengan saman dari saudara mara mangsa ialah Malaysia.
Terjemahan Dari http://chedet.cc/?p=1558
0 Comments