ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Kerana populariti seekor kucing unik 'Grumpy Cat', pemiliknya Tabatha Bundesen, 29 meraih hampir AS$100 juta.
Menurut laporan Assiociate Press, Grumpy Cat mula popular selepas gambarnya dimuat naik oleh adik Tabatha ke laman forum Reddit.
Kucing tersebut unik kerana menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.
Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.
'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.
Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.
Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.
0 Comments