Ubat Batuk atau Codeine Kodein mula dihasilkan daripada bahan alkaloid candu pada 1832 sebagai alternatif kepada Morfin. Kodein berasal dari nama Greek “kodeina” yang bermaksud bunga candu.
Oleh kerana kekuatannya hanya 1/5 bahagian Morfin, ia lebih digunakan untuk tujuan perubatan terutama untuk merawat batuk tidak kronik.
Oleh kerana Codeine mudah didapati, terdapat ramai dikalangan remaja menyalahgunakan dadah jenis ini. Ianya juga dipanggil sebagai ubat batuk, gas, sirap gula, pakos, dan lain-lain.
FAKTA SAINTIFIK
Kandungan alkaloid candu dalam Kodein adalah di antara 0.7 ke 2.5 peratus. Kebanyakan Kodein di proses dari Morfin yang juga menghasilkan dihydrocodeine dan hydrocodone.
Ia selalunya digunakan untuk tujuan perubatan bagi mengurangkan tidak selesa dan mengurangkan batuk. Kodein adalah nakotik penahan kesakitan ringan dan mengurangkan batuk sama seperti morfin dan hydrocodone.
Apabila di ambil, sebahagian kecil Kodein diubah menjadi morfin di dalam tubuh badan. Sama seperti morfin, kodein meningkatkan ketahanan terhadap kesakitan serta mengurangkan ketidak selesaan.
Ia juga mengakibatkan merasa khayal dan tekanan pernafasan. Kebiasaannya ia di dalam bentuk cecair sirap, digunakan dengan cara diminum dalam kuantiti berlebihan atau dicampur dengan minuman yang berkarbonat.
Ia juga terdapat dalam bentuk pil atau kapsul yang digunakan dengan ditelan. Ia sering disalahgunakan bersama arak, ganja atau dadah lain.
KESAN DAN AKIBAT
Kesan pengambilan termasuk; merasakan sedikit teruja, mata menjadi layu, retina membesar, selesa dan menggantuk.
Di ambil dalam keadaan perut kosong ia mengakibatkan sakit perut, kembung, mual dan muntah. Jika di ambil dalam dos yang banyak; membuatkan merasa halisunasi atau terawang-awangan, hilang kawalan koordinasi, mulut menjadi kering, susah untuk kencing dan sembelit.
Pengambilan berlebihan juga akan mengakibatkan merasa gatal-gatal, degupan jantung meningkat, ganguan pernafasan, muntah-muntah, mabuk dan mengakibatkan komplikasi pernafasan yang mungkin mengakibatkan maut (overdose).
Kesan penagihan adalah hampir sama seperti penagihan candu, heroin atau morfin; kerap bersin disertai bulu roma meremang, gelisah, gangguan selera dan susah tidur.
Kesan jangka panjang adalah sama seperti dadah berasaskan candu, mengakibatkan penurunan nafsu berahi dan hilang ingatan jangka pendek.
Penggunaan secara berterusan akan mengakibatkan penagihan dan kesan sampingan terhadap fungsi saraf, komplikasi jantung, pendarahan dalam perut, buasir serta kerosakan terhadap hati, buah pinggang, ganguan daya seks dan mati pucuk.
TANDA-TANDA
Tanda bagi jangka pendek termasuk; retina membesar, khayal, gangguan penumpuan, penilaian dan ingatan. Tanda bagi jangka panjang termasuk; ketagihan kronik, persepsi menjadi celaru, tekanan jiwa dan impotensi.
Ubat batuk atau banyak botol ubat batuk kosong atau pil yang mencurigakan.
0 Comments