adsadz18

Gambar Bogel Para Selebriti Hollywood Tersebar Di Internet

Sejumlah gambar bogel yang kononnya menunjukkan ramai selebriti Hollywood popular termasuk pemenang Oscar, Jennifer Lawrence telah tersebar di internet dan kini menjadi perbualan hangat para peminat di laman media sosial.
Dalam kenyataan terbaru menerusi Twitter beliau, Jennifer Lawrence berasa pelik & sukar untuk percaya apabila privasi dirinya senang senang dicabul. Dan, pihak pengurusan pelakon ini telah mengambil langkah awal untuk tindakan undang undang.
“This is a flagrant violation of privacy. The authorities have been contacted & will prosecute anyone who posts the stolen photos of Jennifer Lawrence,” kata mereka kepada TMZ.
Gambar gambar bogel ini khabarnya diperoleh selepas aktiviti menggodam akaun iCloud semua selebriti yang terlibat termasuklah nama besar seperti Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Pannettiere, Hope Solo, Hillary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer, Kim Kardashian dan Ariana Grande.
Bekasn bintang & penyanyi saluran Nickelodeon, Victoria Justice bagaimanapun menafikan semua gambar bogel beliau yang tersebar itu sebagai dirinya. (rtky/m)

Post a Comment

0 Comments